Bismillahirrohmanirrohim...
Kisah Isra’ Mi’raj dari
rumah ummu Hani adalah kisah palsu yang diambil dari hadist palsu. Bukan
saja telah dikemukakan oleh Ibnu Ishaq, malah ia juga telah
dikemukakan oleh Al-Kalbi- seorang pendusta besar dan Syi'ah tulen
seperti Ibnu Ishaq dan banyak lagi orang-orang yang seperti mereka.
Riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq adalah sebagai berikut:
Di
antara kisah yang sampai kepada saya dari Ummu Hani' binti Abi Thalib
berhubung Isra' Rasulullah s.a.w ialah beliau (Ummu Hani')
menceritakan, “Rasulullah s.a.w. tidak diIsra'kan melainkan ketika
Baginda s.a.w berada di rumahku. Baginda s.a.w tidur di sampingku pada
malam itu di rumah ku. Awalnya Baginda s.a.w sholat Isya' kemudian
tidur. KAMI PUN TURUT TIDUR. Sebelum fajar Rasulullah telah mengejutkan kami lalu sholat Subuh. Kami sholat bersamanya."
Setelah
itu Rasulullah bersabda, “Wahai Ummu Hani'! Malam tadi saya telah
sholat bersama kamu seperti yang kamu tahu di wadi ini. Setelah itu saya
pergi ke Baitul Maqdis dan sholat di sana dan sekarang saya sholat
Subuh bersama kamu seperti yang kamu saksikan."
"Setelah
itu Rasulullah s.a.w bangkit untuk keluar. Aku memegang hujung selimut
Baginda s.a.w, maka tersingkap perut Nabi s.a.w bagaikan kain qibti yang
berlipat lalu aku pun berkata kepada Baginda s.a.w, “Wahai Nabiyallah!
Janganlah engkau ceritakan perkara ini kepada orang banyak, nanti
mereka akan mendustakan engkau dan menyakitimu". Baginda s.a.w berkata,
“Demi Allah! Aku tetap akan menceritakan kepada mereka". Ummu Hani’
berkata, "Akupun memerintahkan seorang sahaya perempuanku berketurunan
Habsyi, “Eh! Ikutlah Rasulullah s.a.w. supaya engkau dapat mendengar
apa yang disampaikannya kepada orang banyak dan apa pula reaksi mereka
terhadap keterangan Baginda itu."
Sebelum itu Ibnu Ishaq
telah pun mengemukakan peristiwa Isra' Mi'raj yang dinukilnya dari
Hasan Basri di mana diceritakan, “Setelah pagi sekembalinya Rasulullah
s.a.w dari Isra' Mi'raj, Baginda s.a.w menceritakan kepada orang-orang
Quraisy peristiwa perjalanannya. Berkatalah kebanyakan orang, “Demi
Allah! Pelik betul cerita ini. Jarak yang ditempuh oleh unta sebulan
perjalanan dari Mekah ke Syam dan sebulan pula perjalanan balik dari
sana ke Mekah mungkinkah bisa ditempuh oleh Muhammad dalam hanya satu
malam dan sudah pun ia sampai ke Mekah? " Maka banyaklah orang-orang
yang telah memeluk Islam menjadi murtad. Orang banyak terus pergi
kepada Abu Bakar untuk bertanya kepada beliau.." - (Ibid jilid 2 m.s.
32,33 & 34)
Ibnu Ishaq, Ibnu Sa'ad dan al-Kalbi
langsung tidak mengemukakan isnad mereka dalam menyampaikan kisah ini.
Tetapi Ibnu Jarir, at-Thabari, Baihaqi, Ibnu Abi Hatim, Abu Ya'la dan
Ibnu Asakir telah mengemukakan isnad bagi kisah ini. Perawi-perawi yang
tersebut dalam isnad mereka ialah Abu Ja'far -Ar Razi, Abu Harun
Al-Abdi dan Khalid bin Yazid atau Abu Malik. Marilah kita berkenalan
sebentar dengan perawi-perawi tersebut :-
1) Abu Ja'far ar-Razi
Namanya
Isa bin Abi Isa. Lahir di Basrah dan menetap di Ray. Di antara orang
yang meriwayatkan daripada beliau ialah anak beliau sendiri Abdullah dan
Abu Nu'aim. Meskipun Yahya bin Ma'in dan Abu Hatim mengatakan beliau
seorang tsiqah namun Ali Ibnu Madini mengatakan beliau seringkali
melakukan kesalahan. Riwayat-riwayatnya diragukan. Fallas berkata,
“Ingatannya sangat jelek." Ibnu Hibban berkata, “Dia seringkali
mengemukakan riwayat-riwayat yang mungkar dengan menghubungkan kepada
Imam-Imam yang masyhur." Abu Zur'ah berkata, “Selalu dia mengalami
kepikunan pikiran (waham)." Imam Zahabi pula berkata, “Dia telah
mengemukakan peristiwa Mi'raj dalam satu riwayat yang panjang melalui
Rabi' bin Anas. Diambilnya dari Abu al-'Aaliah dan Abu al-' Aaliah pula
mengambilnya dari Abu Hurairah. Di dalam riwayatnya itu banyak sekali
perkara-perkara mungkar ".- (Mizan al-I'tidal jilid 3 m.s. 320)
Imam
Zahabi telah menghukum mungkar riwayat ini karena terdapat dalam
sanadnya Abu Ja'far ar-Razi, karena kecacatan pada buruknya ingatannya
dan beliau selalu mengaitkan cerita karut dengan Imam-Imam yang masyhur.
Bagaimana dengan dua orang lagi perawi dalam isnad tersebut? Setelah
Abu Ja'far ar-Razi mari kita lihat perawi selanjutnya.
2) Khalid bin Yazid
Abu
Malik ad-Dimasyqi - Dia adalah penduduk Damsyik. Yahya bin Ma'in
berkata, “Dia adalah seorang manusia yang lemah". Imam Ahmad berkata,
“Dia tiada bernilai langsung." Nasa'i berkata, “Dia tidak tsiqah".
Daraquthni berkata berkata, “Dia seorang da'if". Ibnu Abi al-Hawari
menceritakan bahawa, “Saya pernah mendengar Yahya bin Ma'in berkata, “Di
Iraq ada sebuah kitab yang perlu dikebumikan yaitu tafsir al-Kalbi
(yang kemudiannya terkenal dengan Tafsir Ibnu Abbas). Di Syam pula ada
sebuah kitab yang juga perlu dikebumikan yaitu kitab ad-Diyat tulisan
Khalid bin Yazid. Hati Khalid ini tidak akan senang jika tidak berbohong
tentang ayahnya dan para sahabat ".
Ahmad bin Abi
al-Hawari ini juga berkata, “Dulu saya pernah menyalin kitab Khalid ini
tetapi kemudiannya saya memberikannya kepada penjual obat untuk
dijadikan kertas pembungkus obat-obatnya." Imam Zahabi berkata, “Dia
dilahirkan pada tahun 105 H dan mati ketika berumur 80 tahun." - (Lihat
Mizan al-I'tidal jilid 1 m.s 654)
Keterangan di atas
membuktikan bahawa Khalid bin Yazid adalah seorang yang tidak boleh
diterima menurut seluruh ulama' hadis. Imam Yahya bin Ma'in bahkan
mengatakan beliau seorang pendusta besar. Dia banyak berbohong tentang
para sahabat.
3) Perawi ketiga ialah Abu Harun al-Abdi
Namanya ialah Umarah bin al-Juwain. Riwayat-riwayatnya terdapat dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah. Imam Zahabi berkata, “DHO'IF." Hammaad bin Zaid berkata, “PEMBOHONG." Imam Ahmad berkata, “Tidak bernilai langsung." Yahya bin Ma'in berkata, “Dia seorang dha'if (lemah). Riwayat-riwayatnya tidak bisa dibenarkan." Nasa'i berkata, “Matrukul hadis (seorang
yang ditinggalkan dan tidak dipakai hadisnya)." Ibnu Hibban berkata,
“Dia selalu mengaitkan riwayat-riwayat dengan Abu Sa'id al-Khudri yaitu
riwayat-riwayat yang tidak pernah dikemukakan oleh Abu Sa'id." Imam
Syu'bah berkata, “Kalau aku diberi pilihan di antara 2 perkara, sama ada
aku dibunuh atau mengemukakan kepada orang banyak riwayat-riwayat Abu
Harun, maka aku akan memilih supaya dibunuh, aku tidak akan
mengemukakan riwayatnya. Sebelum ini aku selalu mempertanyakan dari
setiap qafilah yang datang tetapi kemudian dia datang ke Basrah.
Padanya ada sebuah kitab. Saya membaca kitab itu. Saya mendapati dia
menuliskan keburukan-keburukan Ali di dalamnya."
Iman
Daraquthni berkata, "Dia seorang yang sentiasa berubah-ubah.
Kadang-kadang menjadi seorang Rafidhi (Syi'ah), kadang-kadang menjadi
seorang Khariji (orang Khawarij)."
Ibnu Hibban berkata,
“Riwayat-riwayat yang dikaitkannya dengan Abu Sa'id al-Khudri semuanya
bohong. Abu Sa'id tidak pernah meriwayatkan begitu." Jauzajani berkata,
“Abu Harun adalah seorang pendusta besar. Dia selalu menuduh para
sahabat dengan pelbagai tuduhan." Syu'bah berkata lagi, “Pernah aku
pergi kepadanya dan meminta supaya menunjukkan kepadaku riwayat-riwayat
yang dikaitkan Abu Sa'id dengannya. Dia meletakkan sebuah kitab di
hadapanku. Di antara yang tersebut di dalam kitab itu ialah Abu Sa'id
al-Khudri berkata bahwa Utsman bin Affan telah benar-benar kufur
terhadap Allah s.w.t. sebelum beliau wafat. Saya mengembalikan kitab
itu kepadanya dan terus pulang.
Itulah dia Abu Harun
al-Abdi yang menulis tentang keburukan-keburukan Sayyidina Ali dan juga
keburukan-keburukan Sayyidina Utsman. Jika orang seperti ini
mengemukakan riwayat yang menyebut bahwa, " Setelah Nabi S.A.W
menceritakan peristiwa Isra' Mi'raj yang dialaminya, maka murtadlah
sekian banyak orang-orang yang telah memeluk Islam; barangkali mengikut
Abu Harun al-Abdi ini termasuklah juga Sayyidina Ali dan Sayyidina
Utsman, karena bukanlah ketika itu tidak banyak orang-orang yang telah
memeluk agama Islam.
Yahya bin Ma'in berkata, “Abu Harun
mempunyai satu sahifah yang dipanggilnya Sahifah al-Washi (penerima
wasiat atau Sahifah Ali). Saleh bin Muhammad pula berkata bahawa, “Abu
Harun lebih bohong daripada Firaun. Dia telah meninggal dunia pada
tahun 134H." - (Lihat Mizanu al-I'tidal jilid 3 m/s 173-174).
Itulah
sekilas cerita tentang perawi-perawi kisah Isra' Nabi S.A.W dari rumah
Ummu Hani'. Mereka terdiri dari orang-orang Syi'ah seperti Ibnu Ishaq
juga dan telah dihukum oleh ulama' Rijal dengan berbagai hukuman
seperti yang telah dikemukakan tadi.
Sekarang
kita cermati riwayat tersebut dengan neraca dirayah dan logika untuk
menentukan dimana letak kepalsuannya dan untuk mengetahui apa tujuan
para pemfitnah itu :
1) Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w.
berlaku sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Pada waktu itu Ummu Hani'
masih belum memeluk agama Islam. Beliau hanya memeluk agama Islam
setelah Mekah ditakluk Nabi pada tahun 8 Hijrah.
2) Sholat
Isya' dan Subuh baru difardhukan pada malam isra' mi'raj itu, apa
mungkin Rasulullah sholat Isya' bersama Ummu Hani' yang belum Islam di
rumahnya dan perintah sholat itu belum difardhukan? Mustahil...
3) Siapakah yang dimaksudkan oleh Ummu Hani' dengan perkataan ' kami' dalam riwayat ini yaitu……”Kami sholat bersama Nabi"?
Kalau yang dimaksudkan ' kami' di sini termasuk suami beliau Hubairah,
ummu hani tidak sendirian, maka suaminya adalah di antara musuh
bebuyutan Rasulullah s.a.w pada ketika itu bahkan setelah Mekah dikuasai
Nabi s.a.w pun dia tidak memeluk agama Islam sebaliknya cabut lari ke
Najran. Kemudian dari sana dia berangkat pula ke Rom lalu menganut
agama Kristen dan mati sebagai seorang Kristen.
4)
Tersebut juga dalam sirah bahwa Nabi s.a.w telah melamar Ummu Hani'
kepada Abu Thalib sebelum Baginda s.a.w menikah dengan Khadijah tetapi
Abu Thalib menolak mentah-mentah lamaran itu dengan alasan Nabi s.a.w
seorang yang miskin dan tidak mulia. Setelah itu Abu Thalib menikahkan
Ummu Hani' dengan Hubairah yang merupakan musuh bebuyutan Rasulullah
s.a.w.
Dalam keadaan begini wajarkah Nabi s.a.w bermalam di rumah Ummu Hani'?
Dasar musuh-musuh Islam mereka cerita ini dengan maksud menuduh Nabi s.a.w dengan tuduhan yaitu :-
1)
Jika kita andaikan Hubairah pada malam itu berada di rumah maka ia
menunjukkan betapa tidak malunya Nabi s.a.w karena telah bermalam di
rumah seorang yang Nabi sendiri telah dianggap sebagai miskin dan tidak
mulia berbanding orang itu. Lebih penting dari itu, bagaimana
Rasulullah s.a.w bisa bermalam di rumah musuhnya? Tidakkah mungkin
Hubairah juga telah mengetahui bahwa Nabi s.a.w pernah melamar Ummu
Hani' sebelumnya? Tidakkah mungkin timbul rasa cemburu di dalam hati
Hubairah, bisa jadi kalau-kalau Nabi s.a.w masih menaruh hati kepada
isterinya? Apalagi bila diingatkan Muhamamd adalah musuhnya?
2)
Jika diandaikan pada malam itu Hubairah tidak di rumah juga, maka
cerita ini akan membuka peluang seluas-luasnya untuk meragukan kesucian
pribadi Nabi s.a.w., karena Nabi s.a.w. digambarkan telah tidur
bersama seorang perempuan yang pernah dilamarnya dulu, di rumah
perempuan itu pada ketika suaminya tidak ada. Malah cerita ini
menunjukkan betapa intimnya perhubungan Nabi s.a.w dengan Ummu Hani'.
Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas pada keesokan paginya bila mana
Nabi s.a.w bersedia untuk keluar memberitahu orang banyak tentang Isra'
Mi'rajnya, bagaimana Ummu Hani memegang hujung selimutnya sehingga
terlihat perut Nabi s.a.w yang digambarkan seperti kain qibti yang
berlipat.
3) Kisah ini jelas bertentangan dengan Al-Quran
dan hadis-hadis Nabi s.a.w yang sahih menurut ilmu usul hadis. Salah
satu tanda kepalsuan sesuatu hadis itu ialah ia bertentangan dengan
Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
4) Tidak masuk akal
sama sekali Nabi s.a.w akan meninggalkan rumahnya sepanjang malam untuk
bermalam di rumah seorang perempuan asing dalam keadaan di rumah
Baginda s.a.w. sendiri masih ada dua orang anak perempuan Baginda yaitu
Fatimah dan Ummi Kultsum. Dalam kisah ini tidak diterangkan pula
kepada siapakah Nabi s.a.w meninggalkan mereka berdua dan untuk apa
Nabi s.a.w bermalam di rumah Ummu Hani '?
5) Tindakan
Ummu Hani' memegang ujung selimut Nabi s.a.w pada keesokan paginya
menunjukkan dengan jelas bahwa Hubairah tiada di rumah. Kalau Hubairah
tiada di rumah maka siapakah lagi yang tidur di rumah Ummu Hani ' pada
malam itu dan bersembahyang secara berjamaah? Sesungguhnya kisah ini
merupakan satu serangan yang amat dahsyat terhadap kesucian pribadi
Nabi s.a.w. Ia tidak mungkin dicipta dan direka kecuali oleh
musuh-musuh Nabi s.a.w
6) Dalam riwayat Hasan Basri pula
tersebut bahwa setelah Nabi s.a.w mengemukakan peristiwa Isra' dan
Mi'raj, maka murtadlah banyak orang yang telah memeluk agama Islam.
Tetapi tidak pula dalam riwayat ini disebutkan nama orang-orang yang
telah murtad itu. Siapakah mereka? Sedangkan orang-orang yang memeluk
agama Islam pada ketika itu tidaklah begitu banyak. Nama-nama mereka pun
disebutkan dengan jelas dalam kitab-kitab sirah. Sesungguhnya kisah
ini juga merupakan satu serangan ke atas keikhlasan dan keteguhan para
iman para sahabat Nabi s.a.w ia hanya rekaan musuh-musuh sahabat
semata-mata.
7) Sebenarnya orang-orang yang mengarang
kisah ini adalah orang-orang Syi'ah seperti yang terbukti pada latar
belakang perawi-perawinya yang telah disebutkan sebelum ini. Sesuatu
cerita rekaan Syi'ah pasti akan mempunyai unsur melebih-lebihkan
Sayyidina Ali dan mengistimewakannya dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w
yang lain. Bukankah Ummu Hani' ini kakaknya Sayyidina Ali, anaknya Abu
Thalib? Bagaimana Syi'ah akan melepaskan peluang ini? Mereka tidak
menerima sesuatu peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w
tanpa adanya peranan Sayyidina Ali atau keluarganya di balik peristiwa
itu.
NAH HADIST PALSU DAN SANGAT TIDAK MASUK AKAL
KAYAK GITU MAU DIPAKE UNTUK MEMFITNAH RASULULLAH BERZINA DENGAN UMMU
HANI? LAIN KALI BELAJAR DULU YANG BENAR YA, JANGAN CUMA MODAL COPAS FFI,
UJUNG-UJUNGNYA CUMA BIKIN MALU SENDIRI.
Wallahu'alam bishshowab...
Kami sangat menghargai komentar pembaca sekalian, baik saran, kritik, bantahan dan lain sebagainya.
Bagi pembaca yang ingin berkomentar silahkan untuk login dengan mengklik Login di Tombol Login komentar dan pilih akun yang ingin anda gunakan untuk Login, Bisa dengan Facebook, Twitter, Gmail dsb.
peraturan komentar:
1. komentar pendek atau panjang tidak masalah, baik lebih dari satu kolom juga tidak apa-apa.
2. komentar menggunakan bahasa indonesia dengan baik dan benar tidak berbelit-belit.
3. tidak menggunakan kata-kata kotor, hujat atau caci maki
4. langsung pada topik permasalahan
hi hi hi
ReplyDeleteakin ke sini makin lucu post postnya
Apa editor blog ini sudah tidak bisa memilih dan memilah mana-mana tulisan yang pantas di munculkan dan dipublish ? Atau sudah menganggap blog ini cocoknya buat lawakan saja ?
Sudah tdk punya QC kali ya ?
hi hi hi
Lumayan, buat hiburan.
Makasih ya... menyenangkan hati saya saja.....
Syurga balasannya menyenangkan hati orang
Post a Comment